Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Kaki bersimen hanya nampak 5 jari sahaja.Cara saya berwudhu ialah membasuh semua anggota wudhu dan jari yang nampak saya meratakan air,selepas itu saya bertayamum.untuk makluman ustaz sebelum kaki disimen saya tidak berwudhu.
soalan saya
1.betul atau tidak cara saya?
2.Jika betul ,waktu mghrib saya lakukan demikian adakah waktu isyak perlu ulang semula wudhu dan tayamum atau cukup bertayamum sahaja? walaupun wudhu tak batal
3.perlu ker menqadha solat selepas balutan dibuka?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
Jabirah bermaksud balutan di atas anggota yang sakit iaitu di kawasan anggota wuduk atau anggota tayamum seperti membaluti dengan menggunakan plaster, gaus, simen dan sebagainya. Bagi pesakit yang berjabirah hal keadaan berbalut pada sebahagian kaki, maka langkah-langkah berwudhu' adalah seperti berikut:
Dalam hal ini tidak disyaratkan berwudhu' sebelum memasang balutan atau tampalan pada anggota wudhu'. Justeru itu, saudari tidak perlu melakukan tayamum dan hanya memadai dengan mengalirkan atau menyapu air di atas balutan sama ada tampalan mahupun simen kaki tersebut semampunya ketika berwudhu' atau mandi wajib. Selain itu, tidak disyaratkan juga dengan wudhu’ tersebut pada satu waktu solat sahaja.
Sehubungan itu, kami sertakan panduan berkenaan bersuci dan bersolat bagi pesakit yang disediakan oleh JAKIM sebagai rujukan di peringkat saudari:
https://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/panduan_bersuci_dan_bersolat_bagi_pesakit.pdf
Sekian, terima kasih.