BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum

Pada tahun 2023, saya pernah terpegang gula-gula white rabbit secara langsung(bekas yang orang telah makan) yang mengandungi gelatin babi, dan saya tidak pernah sertu pada waktu itu, sampailah sekarang(2026), saya baru tertanya-tanya, adakah saya perlu sertu dan adakah ibadah saya tidak sah selama ini, dan adakah barang-barang yang saya pegang selama bertahun itu perlu disertu juga?

Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, dalam kes puan, jika puan tidak pasti sama ada najis itu berpindah atau tidak, atau sama ada tangan anda basah atau kering, maka hukum asalnya adalah suci sehingga ada bukti yang jelas menunjukkan ia bernajis. Ini berdasarkan kaedah fiqh:

الأصل في الأشياء الطهارة حتى يثبت تنجسها

Maksudnya: Hukum asal sesuatu adalah suci sehingga terbukti najisnya.

Justeru, puan perlu melakukan sertu pada tangan jika puan yakin tangan puan basah atau najis itu basah ketika puan terpegang gula-gula tersebut. Ibadah solat dan puasa puan yang lalu adalah sah selagi najis tersebut tidak berpindah ke badan, pakaian, atau tempat solat puan. Bagi barang-barang yang pernah puan pegang, jika puan tidak pasti ada perpindahan najis dalam keadaan basah, maka hukum asalnya adalah suci. Namun begitu, sekiranya gelatin babi yang terdapat pada bekas tersebut adalah najis najis hukmi iaitu najis yang tidak ada ain padanya, maka status tangan yang tersentuh dengan bekas tersebut masih suci dan tidak menjadi mutanajjis sama ada dalam keadaan kering atau basah kedua-duanya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 5

message user image