Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya ingin bertanya.
Saya ada terbaca, dalam pemprosesan plastik, ada digunakan pelincir sepertic stearic acid, magnesium stearate sebagai pelincir yang sumbernya ada dari tumbuhan, dan haiwan. Peratusan pelincir ini sangat rendah, dan bahan utama adalah petroleum. Ada dinyatakan juga untuk industri malaysia dan asia kebanyakkan dari tumbuhan seperti palm. Dan untuk haiwan, tidak dinyatakan dari lembu atau khinzir?
Saya ingin bertanya, adakah saya boleh berlapang dada, mengambil kira bahan boleh digunakan tanpa perlu sertu/ sucikan dulu sebab kemungkinan penggunaan haiwan itu rendah dan tidak pasti haiwan jenis apa? Kerana peratusan yang terlampau rendah. Kerana saya menjadi was was apabila menjadi seperti ini.
Saya juga mempunyai penyakit was was yang kini masih dalam rawatan
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, pada dasarnya sesuatu benda adalah suci kecuali telah jelas padanya terdapat najis. Asal kepada sesuatu yang bersih itu kekal dianggap bersih sehingga terbukti secara yakin ia telah dicemari oleh najis. Andaian ataupun syak tidak mengubah status asal yang bersih itu. Sebagaimana kaedah fiqh:
Maksudnya: Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan (syak).
Justeru, puan hendaklah mengambil jalan yang yakin bahawa lantai tersebut telah suci daripada najis dan tidak perlu untuk berwaswas atau syak wasangka bahawa sama ada lantai itu masih lagi bernajis ataupun tidak.
Selain itu, dalam hal ini juga cukuplah bagi kita untuk mengambil hukum zahir berdasarkan apa yang berlaku. Kaedah mengatakan:
Maksudnya: Kita menentukan hukum berdasarkan perkara-perkara yang nyata zahir sedangkan Allahlah yang menguasai perkara-perkara yang rahsia.
Oleh itu, puan tidak perlu menyertu plastik tersebut kerana tidak terdapat padanya sebarang najis yang kelihatan secara jelas namun jika sekadar was-was ia tidak diambil kira pada sudut hukum. Antara perkara yang puan boleh praktikkan kepada diri adalah puan mengambil sikap tidak peduli iaitu dengan membiarkan perasaan was-was tersebut. Moga Allah sentiasa memberikan taufiq kepada puan dan dimudahkan agar dihindari daripada penyakit was-was.
Sekian, terima kasih.