Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam tuan/puan,
Saya ingin berpuasa qadha dan puasa enam pada hari yang sama. Tetapi saya niat berasingan, bermakna saya niat satu-satu bukannya berniat bergabung. Puasa saya gabung itu sah kah? Atau niat puasa ganti saya sahaja yang dikira?
Harap tuan/puan dapat menjawab pertanyaan saya secepat mungkin.
Sekian terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, puasa yang diniatkan asing tidak memberi sebarang kesan kepada kesahihan kedua-dua puasa tersebut. Justeru, puasa yang dilakukan adalah sah. Hal ini berdasarkan fuqaha mazhab Shafi’i bersepakat bahawa sekiranya diniatkan kedua-dua puasa qada Ramadhan beserta puasa sunat Syawwal, maka seseorang akan mendapat pahala keduanya. Imam al-Ramli menyatakan bahawa:
Maksudnya: Seseorang itu mendapat puasa qada Ramadhan sekalipun dia menggabungkan niat puasa qada Ramadhannya dengan puasa sunat yang lain serta mendapat pahala puasa enam dalam bulan Syawwal. Masalah ini disebut oleh ramai ulama terkemudian (muta’akhirin).”
Maka, harus bagi seseorang untuk menggabungkan niat puasa qada Ramadhan bersama sunat Syawwal dan akan memperoleh pahala bagi kedua-duanya.
Sekian, terima kasih.