BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...

Saya ada 1 kemusykilan. Saya akan pergi ke luar negara tapi saya tak pasti sama ada saya boleh melakukan solat jamak dan qasar atau tidak.

Pergi: 15 May dan akan sampai 16 May ke destinasi dan akan duduk di airbnb yg sama drpd 16 May (checkin 3petang) - 20May.(checkout pagi)

Diantara 16 - 20 May tu, pada 18 may saya akan ke destinasi lain untuk satu hari dengan jarak melebihi 2 marhalah.

Balik: 20 May (Malam) berangkat ke airport dan akan tiba 21 May

Pada waktu bila yg saya boleh melakukan solat qasar dan jamak ya? Mohon pencerahan.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, berdasarkan perjalanan puan ketika melakukan aktiviti sepanjang di luar negara dibenarkan solat jamak dan qasar sekiranya telah mencukupi syarat bagi jamak dan qasar antaranya; 

  1. Perjalanan yang jaraknya 81 km dan lebih. (sebagaimana fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor)
  2. Perjalanan yang tentu tujuannya yang baik dan mempunyai permulaan tempat musafir dan pengakhiran tempat.
  3. Tidak berniat menetap selama 4 hari atau lebih di tempat yang dituju (tidak termasuk hari datang & pulang).

Justeru, perjalanan yang puan berikan ia dibenarkan mengambil rukhsah bagi menjamakkan dan mengqasarkan solat sepanjang perjalanan di luar negara tersebut kerana telah mencukupi syarat bagi jamak dan qasar orang yang bermusafir. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 6

message user image