Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam. Seseorang itu sakit buasir. Tapi tiada darah atau najis yang keluar. Hanya isi dubur yang bengkak dan terkeluar sepanjang masa. Apakah sah wuduknya dan sah solatnya?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, sah wudhu’ dan solat kerana yang keluar hanyalah bengkak buasir tersebut, bukan darah atau nanah dari bengkak tersebut. Ini adalah berdasarkan hadis daripada Imran bin Husain RA katanya, aku menghidap penyakit buasir lalu aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang solat, Baginda bersabda: صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ Maksudnya: “Bersolatlah secara berdiri, jika tidak mampu lakukanlah secara duduk dan jika tidak mampu juga lakukanlah secara mengiring.” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.