Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
saya ada pertanyaan, anak perempuan saya dilahirkan pada 12/06/2001 dan tarikh nikah saya adalah 19/11/2000.
anak dibintikan dengan nama bapanya.
bagaimana penentuan taraf anak dan wali untuk pernikahannya nanti.
sekiranya anak tersebut dikandungkan sebelum pernikahan. Anak dilahirkan dengan masalah jantung pramatang dan telah menjalani pembedahan jantun di IJN pada usia 4 bulan. Saya dan suami tidak pasti bagaimana penentuan wali untuk anak kami.
1-Bagaimana proses permohonan penikahan anak jika wali diletakkan nama bapa?
2-Adakah pihak JAis akan meneliti dokumen nikah dan sihil lahir untuk penentuan wali ?
3- perlukan pengakuan dari ibu bapa untuk menentukan kepastian tentang kehamilan, dan adakah pengakuan tersebut bole menjejaskan status anak tersebut dan penentuan walinya
Mohon penjelasan pihak Jais utk permasalahan saya
Jawapan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 (“Muzakarah Fatwa Kebangsaan”) yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan isu anak tak sah taraf dan memutuskan seperti berikut:
Takrif Anak Tak Sah Taraf:
Seterusnya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 17 Januari 2005 telah memperincikan sighah berkaitan anak tak sah taraf menurut hukum syarak seperti berikut:
Sehubungan dengan itu, menjawab pertanyaan puan:
Perkara utama dalam urusan pernikahan anak puan pada masa akan datang ialah penentuan status nasab anak tersebut. Hal ini kerana walaupun anak puan dilahirkan selepas tempoh enam bulan dua lahzah, namun terdapat pengakuan bahawa anak tersebut telah dikandung sebelum akad nikah.
Status anak berkenaan akan disemak dan diteliti oleh Pejabat Agama Islam Daerah berdasarkan tarikh kelahiran serta tarikh pernikahan ibu bapanya. Selain itu, penentuan juga boleh dibuat berdasarkan bukti menurut hukum syarak, sama ada melalui iqrar (pengakuan) pihak-pihak terlibat atau keterangan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat syarak, khususnya dalam kes kelahiran melebihi tempoh enam bulan dua lahzah.
Seterusnya, sekiranya hasil semakan mendapati terdapat bukti yang menyokong serta pengakuan daripada ibu bapa, permohonan tersebut akan dipanjangkan ke Mahkamah Syariah bagi tujuan mendapatkan perintah wali hakim.
Sekian terima kasih