Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya, apakah hukum melukis komik? Komik hiburan seperti Komik hantu, di dalamnya ada watak bertudung, kecuali babak-babak sedang tidur di dalam bilik dorm pelajar, kerana sedang tidur, maka tidak dikenakan tudung.
Adakah ia dibolehkan?
Jawapan
Hukum melukis komik atau karakter animasi bertujuan hiburan atau pendidikan adalah diharuskan selagi mana tiada unsur-unsur penghormatan atau memuliakan karakter tersebut. Adapun melukis sesuatu karakter yang tidak menutup aurat seperti membuka tudung adalah dilarang kerana seolah-olah meredhai perbuatan membuka aurat.
Sekian, terima kasih.