BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya nak bertanyakan soalan, saya ni pernah terkantoi chat dengan perempuan lain tanpa urusan (chat berlebihan) sehinggakan saya dan isteri saya bergaduh. Dan saya cuba pujuk dia sbb dia mintak ceraikan dia. Pagi hari seterusnya tu saya cuba memujuk dan saya mintak dia bagi peluang, lepas tu dia ada cakap lepas ni kalau abg buat lagi, kita pi pejabat agama terus. Dan saya pun kata lah okay lepasni buat lagi kita cerai. Tapi waktu tu saya niat kalau kantoi lagi lepasni saya setuju nak pi pejabat agama. Jadi adakah lafaz takliq saya tu sah, dan sekiranya saya ada chat perempuan lain adalah jatuh talak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada perbualan antara saudara dan isteri, perkara itu boleh dikategorikan sebagai perkhabaran dan belum jatuh cerai. Maksudnya suami memaklumkan atau memberitahu isteri, sekiranya suami mengulangi lagi perbuatan tersebut, maka mereka akan terus ke Pejabat Agama untuk bercerai. Sebaiknya janganlah dilakukan chat itu dan segera dan selalu beristighfar bagi memelihara diri dan keluarga.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 16

message user image