Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalammualaikum ustaz.. sy nak tanya berkenaan , saya telah melakukan persetubuhan bersama isteri selepas 15 minit azan subuh berkumandang..
ia adalah dosa besar & haram...bagi untuk merujuk kembali ,saya perlu berpuasa 2 bulan berturut selepas bulan Ramadhan atau denda memberi 60 asnaf makan sekiranya saya tidak mampu berpuasa diakibatkan sakit tua atau sakit
. jelas lagi boleh ke kalau saya memilih denda memberi makan kepada fakir miskin seramai 60 fakir dengan sejumlah secupak beras bersamaan 1 fakir
kalalu sy tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut takut ada yg terlepas..
mohon ustaz memberi penerangan
Jawapan
Secara asasnya kaffarah adalah denda bagi mereka yang melakukan kesalahan pada siang Ramadhan tidak termasuk waktu malam. Seseorang yang melakukan persetubuhan pada siang hari Ramadhan sama ada persetubuhan yang halal atau zina (berlawanan jenis mahupun sesama jenis) maka dia dikenakan kaffarah atas kesalahan yang dilakukan dan wajib menggantikan puasanya. Hal ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:
Maksudnya: Ketika kami duduk di samping Rasulullah SAW, seorang lelaki menemui Baginda, lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah! Aku telah binasa.’ Baginda bertanya: ‘Kenapa?’ Jawabnya: ‘Aku telah menyetubuhi isteriku, sedangkan aku berpuasa.’ Dalam riwayat yang lain, dalam bulan Ramadan. Sabda Baginda: ‘Adakah kamu boleh mendapatkan hamba untuk dimerdekakan?’ Jawabnya: ‘Tidak.’ Baginda bersabda: ‘Adakah kamu mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?” Jawabnya: “Tidak.” Sabda Baginda: “Adakah kamu mampu memberi makan 60 orang miskin?’ Jawabnya: “Tidak.” Rasulullah SAW diam seketika. Semasa kami berkeadaan demikian, Nabi memberi sebakul tamar, lalu bersabda: ‘Di manakah orang yang bertanya tadi?’ Lelaki itu menjawab: “Aku.” Sabda Baginda lagi: ‘Ambillah tamar ini dan sedekahkan.’ Lelaki itu berkata: ‘Adakah ada orang yang lebih fakir daripadaku wahai Rasulullah? Demi Allah, tidak ada keluarga yang lebih fakir daripada keluargaku di antara Timur dan Barat Madinah ini!’ Nabi SAW ketawa sehingga kelihatan giginya, lalu bersabda: “Berikan makan tamar itu kepada keluargamu. (Riwayat al-Bukhari)
Merujuk soalan yang diajukan, tuan wajib dikenakan kafarrah. Memandangkan hamba tidak lagi wujud pada zaman ini, maka tiada kaffarah dengan cara membebaskan hamba. Tuan perlu mencuba dahulu untuk berpuasa selama 2 bulan berturut-turut seandainya mempunyai kemampuan untuk melakukannya. Seandainya tidak mampu melakukannya setelah mencuba, maka diharuskan untuk membayar kaffarah dengan memberi makan kepada 60 orang miskin. Seandainya kaffarah telah ditunaikan maka tuan tetap wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan.
Sekian, terima kasih.