Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam
Saya ingin tahu memang saya perlu minta izin suami atau tidak jika hendak keluar lunch ketika di office . Kadang-kadang saya mesej " saya keluar dulu ye dengan sekian2 ke tempat sekian" dan saya pun terus keluar tanpa menunggu jawapan suami kerana ingin mengejar masa. Saya ingin minta pendapat untuk kejadian seperti ini adakah saya bersalah kerana tidak menunggu jawapan suami terlebih dahulu sebelum keluar. Amat susah untuk saya beri tahu lebih awal kerana selalunya pilihan untuk makan dimana sangat last minute mengikut officemate saya.
Jawapan
Antara tanggungjawab seorang isteri kepada suami asalnya ialah mendiami tempat tinggal yang disediakan. Berkenaan persoalaan yang diajukan, keluar lunch ketika di office sudah termasuk dalam izin umum yang diberikan oleh pihak suami kepada puan apabila dia membenarkan puan untuk keluar bekerja. Adapun keluarga bekerja yang dibenarkan tanpa izin suami adalah apabila pendapatan suami tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keperluan seharian. Disebutkan dalam Asna al-Matalib (3/239):
Maksudnya: Nusyuz itu ialah seperti keluar dari rumah, iaitu keluar ke tempat lain tanpa izin suami, bukan keluar menuju kepada hakim untuk menuntut hak daripadanya, dan ini merupakan tambahan daripadanya (penulis), serta turut disebut oleh Imam al-Isnawi. Tidak dikira nusyuz jika keluar untuk mencari nafkah apabila suami berada dalam keadaan susah (tidak mampu memberi nafkah.
Justeru, keluar makan tengahari ketika di ofis bersama rakan sekerja termasuk dalam izin yang diberikan suami puan untuk bekerja selagi mana perbuatan tersebut tidak disertai dengan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti keluar berdua-duaan dengan lelaki lain atau suami puan ada melarang untuk keluar makan tengahari bersama rakan sekerja ketika berada di tempat kerja.
Sekian, terima kasih.