BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Qada solat adalah wajib, sependapat mengatakan wajib dahulukan solat wajib daripada sunat. Adalah solat sunat tarawih, solat qabli dan bakdi diterima sedangkan solat wajib sebelum ini ada yang tertinggal/sengaja tidak buat.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, setiap amalan ibadah sunat yang kita laksanakan tetap diterima oleh Allah SWT, walaupun terdapat amalan wajib yang kita terlepas pandang untuk melaksanakannya, dan wajib diqada’kan amalan wajib tersebut. Tambahan pula, jika qada’ yang wajib itu jumlahnya banyak, dan pada masa yang sama tidak mahu terlepas fadhilat solat sunat tarawih yang hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja, namun sebaiknya selesaikan dahulu qada’ yang wajib. Diantara ayat al-Quran yang boleh memberi semangat kepada kita untuk melaksanakan amalan wajib dan sunat adalah sebagaimana firman Allah SWT; قُلْ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُوا۟ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَٰلِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدًۢا Maksudnya ; “Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (Al-Kahfi :110) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 77

message user image