BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan.

Mohon bantu saya.

Suami sebut kepada isteri, "kalau saya menyeksa awak, saya boleh lepaskan" dengan niat cadangan.

Kemudian dia berkata kepada emaknya yang berada ditempat kejadian, "kalau dia nak cerai, cerailah" dengan niat meneruskan penceraian, bukan jatuhkan talak.

Beberapa hari kemudian suami beritahu isteri, "saya rasa ucapan saya tak jatuh talak, tapi kalau jatuh, saya rujuk semula dengan awak".

Mohon bantu pencerahan tentang lafaz-lafaz diatas. Suami yakin, isteri waswas.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan saudara, ayat yang dilafaz iaitu : "kalau saya menyeksa awak, saya boleh lepaskan" bukanlah ayat yang boleh menyebabkan jatuh talak. Ayat itu boleh dikategorikan sebagai ayat perkhabaran. Maksudnya, suami memberitahu isteri sekiranya suami menyeksanya, maka suami akan melepaskan isteri. 

Walaubagaimanapun untuk mendapatkan kepastian, saudara boleh hubungi Bahagian Undang-undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal untuk penjelasan selanjutnya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 13

message user image