BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam Tuan/Puan,

 

1) Pintu kereta saya terkena mayat anjing maka ain nya telah dibuang dan tiada ain najis tersebut lagi di pintunya. Pada hari berikutnya adik saya menyimbah air ke pintu kereta tersebut dan terkena percikan ke badan saya, apakah saya perlu menyertu badan saya?

 

2) Tempat percikan tidak dapat ditentukan kerana berlaku terlalu laju, kalau perlu sertu bagaimana ya?

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, Islam meletakkan sesuatu hukum itu adalah berdasarkan kepada sesuatu yang jelas, nyata dan yakin sahaja. Manakala bagi sesuatu yang tidak jelas, tidak nyata dan tidak yakin, maka perkara tersebut adalah terkecuali dan tidak ada hukum. Sehubungan itu, jika kita menghukumkan sesuatu adalah bernajis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan(syak). 

Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu tidak bernajis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka kekal bersih dan suci. Oleh itu, jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya kekal bersih dan suci.

Sehubungan itu,:

1) Pintu yang diyakini terkena bangkai anjing hanya sekadar dihilangkan tetapi tidak di sertu maka ianya tidak suci namun telah bersih daripada najis. Sehubungan itu, ia tidak menajiskan tempat-tempat lain. Oleh itu, air percikan hasil dari basuhan pintu tersebut tidak menajiskan anggota badan yang terkena percikan air tersebut.

2) Sekiranya tempat percikan tidak dapat dipastikan maka cukup sekadar dibasuh sahaja anggota badan dengan dialirkan air mutlak ke atasnya dan ia tidak bernajis.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 3

message user image