BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

saya mohon pencerahan. Saya ada mesej isteri " saya akan pulangkan awak pada ibu dan ayah awak semula kalau awak pilih untuk hidup tanpa suami" dan saya lansung tiada niat cerai, malahan saya bagi isteri yang buat keputusan.

soalannya adakah mesej saya itu jatuh talaknya.

terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan saudara, ayat yang ditaip melalui mesej iaitu : "saya akan pulangkan awak pada ibu dan ayah awak semula kalau awak pilih untuk hidup tanpa suami" boleh dikategorikan sebagai mesej perkhabaran (makluman) kepada isteri. Talak tidak jatuh dengan sebab mesej tersebut, tambahan pula suami tiada niat untuk cerai dan seumpamanya. 

Saudara boleh hubungi Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya berkenaan perkara ini.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 7

message user image