BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Dato Mufti saya ada soalan berkenaan talak : 

 

1. Semasa saya berbual dengan ibu saya, Saya cakap " isteri saya akan pergi rumah dia "dan dalam hati saya terniat atau dikatakan terlintas saya talak dia ? Adakah ia jatuh talak ? Dan saya ragu- ragu dan baru - baru ini saya selalu dapat  lintasan macam ini atau macam terniat tapi  saya takde niat pun macam tu tapi saya sayangkan isteri saya adalkah ia jatuh talak ? Dan apabila saya nak kata kepada isteri " kau pergi dulu lah" ini dikira macam talak kinayah kalau saya niat dan saya selalu elak banyak perktaan yang membawa kepada talak kinayah walaupun saya tidak niat untuk talak tapi takut terlintas atau terniat adakah saya perlu elak perkataan tu walaupun ia erti guraun contoh "kau betul ke isteri aku" atau ayat lain. Perlukah saya hati- hati sebelum cakap ayat macam kinayah atau cakap sahaja abaikan lintasan hati ?

2.  lelaki Digalakakkan solat di masjid berjemaah tapi kalau nak berjemaah di masjid bersama isteri bole ke contoh subuh, zuhur, asar di masjid dan maghrib isyak di rumah bersama isteri bole ke atau solat berjemaah di rumah selepas solat di masjid

3. Niat talak dalam hati tidak dikira tanpa ada lafaz yang jelas, tapi  kalau lafazan di mulut tapi tutup dan hanya hembusan keluar adakah jatuh talak ataupun lidah saja bergerak ? Dan telinga dengar hembusan nafas  adaka jatuh talak ? 

4. Allah SWT tidak mempunyai rupa tapi bila masa saya fikir Allah saya terbayang huruf atau perkataan Allah dan saya cepat - cepat baca tawuz dan istigfar dan saya lawan allah tidak mempunyai rupa adakah ia dikira syirik dan kadang juga saya ada fiktan atau lintasan hina agama,Allah, dan nabi dan saya lawan semua ini tapi saya Takut Sangat sebab Takut saya mati dalam kufur dan bukan khusnul.khatimah atau islam bole Mufti memberi penjelasan sebab ia menbuat hidup Saya sedih dan gelisah

Jazakallah khair Mufti Semoga Allah memberi kesihatan dan kesejahterran kepada Dato dan sekeluarganya. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab soalan yang diajukan:

1. Lintasan hati dan niat adalah dua perkara yang berbeza dan lintasan hati bukanlah niat. Lintasan hati adalah pemikiran atau idea yang datang dalam hati secara tiba-tiba. Sedangkan niat adalah keinginan atau kehendak yang disertai dengan azam dan keputusan untuk buat sesuatu. Lintasan hati boleh hadir pada perkara yang baik atau buruk. Ia boleh berlaku dengan sebab gangguan daripada syaitan yang sememangnya suka membisik-bisikkan ke dalam hati manusia lebih-lebih lagi dalam perkara buruk yang tujuannya untuk menyesat dan menyusahkan hidup manusia.

Perasaan tidak tenang, was‑was, atau fikiran yang kerap memikirkan sama ada talak jatuh atau tidak, bukanlah tanda bahawa talak itu memang berlaku. Dalam fiqh, talak tidak berlaku hanya dengan syak atau was‑was. Kaedahnya:

اليقين لا يزول بالشك

Yang maksudnya : Keyakinan tidak hilang dengan sebab keraguan.

Memang sebaiknya tuan elakkanlah daripada melafazkan perkataan yang boleh menyebabkan tuan sendiri was was atau keliru samada ia kinayah, talak atau sebagainya.

2. Asasnya, lelaki dituntut dan sangat digalakkan solat berjemaah di masjid, lebih-lebih lagi solat fardhu. Manakala bagi isteri pula, afdhal solat di rumah, namun digalakkan dan disunatkan untuk solat di masjid untuk menghadiri kuliah atau majlis ilmu dengan menjaga adab-adabnya.

Diharuskan kepada suami untuk solat bersama isteri sebagai imam di rumah selepas pulang solat berjemaah di masjid dengan tujuan membantu isteri mendapat pahala berjemaah. Suami harus untuk berniat mengulang solat atau solat qada', manakala isteri solat tunai.  

3. Niat dalam hati tanpa melafazkan perkataan secara jelas, gerakan mulut tapi tertutup atau hembusan tanpa huruf, atau lidah saja bergerak tapi tanpa suara atau telinga dengar hembusan nafas bukan dengar suara yang jelas dan sempurna ayat, maka kesemua itu tidak menyebabkan jatuh talak.

4. Lintasan hati seumpama itu pastinya adalah gangguan dan bisikan syaitan untuk menghilang fokus seorang hamba kepada Allah SWT. Oleh itu, seandainya terdapat lintasan atau bisikan di dalam hati perkara yang tidak baik atau salah, maka hendaklah diabaikan. Ini kerana melayan lintasan hati pada perkara-perkara yang tidak wajar hanyalah bisikan syaitan yang merosakkan.

Hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لأُمَّتِي عَمَّا وَسْوَسَتْ أَوْ حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ بِهِ أَوْ تَكَلَّمْ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengampunkan umatku terhadap apa-apa yang dibisikkan kepada mereka dari perasaan was-was, ataupun monolog-monolog di dalam diri mereka selama mana mereka tidak melakukannya atau berkata-kata. (Riwayat Al-Bukhari)

Mintalah pertolongan serta perlindungan daripada Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah Fussilat ayat 36:

   وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Ucapkanlah:

أَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah dari Syaitan yang direjam.

رَبِّ أَعُوذُ بِك مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ، وَأَعُوذُ بِك رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ

Maksudnya: Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau Ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku". (Surah Al-Mu'minun: 97-98).

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 8

message user image