BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: 1) Bolehkah ustaz yang memberi kuliah di akhir kuliah mengumumkan permohonan derma untuk tujuan tertentu seperti untuk maahad tahfiz kelolaan ustaz tersebut. 2) bolehkah ustaz yang menyampaikan kuliah sambil membuat jualan barangan untuk tujuan tertentu seperti untuk menampung kos pengurusan tahfiz milik beliau


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara; 1. Pengumuman tersebut diharuskan. 2. Berjual-beli dalam ruang masjid adalah makruh. Harus berjual-beli di kawasan sekeliling dengan kebenaran pihak pengurusan masjid. Walau bagaimanapun, elakkan lebih utama. Tambahan pula, sudah ada pekeliling daripada Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 99

message user image