BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bernikah, ayah & atuk dah meninggal. Abang seibu sebapa saya tidak sah taraf. Jadi wali nasab saya yg seterusnya ada 2 adik lelaki (sebapa sahaja). Saya ingin minta adik sebapa menjadi wali, tapi saya taknak adik sebapa tahu status abang saya demi menjaga aib. Tambahan pula harta pusaka ayah mmg kami serahkan semua kepada adik2 sebapa.

1. Boleh saya tau beberapa sebab yg dibolehkan untuk melangkau wali nasab? Ini untuk dijadikan alasan jika ditanya “kenapa bukan abang seibu sebapa menjadi wali”
2. ⁠Boleh tak saya minta adik sebapa mewakilkan kepada wali hakim? Sebab saya nak elak menjadi perbualan/pertanyaan orang semasa akad nikah nanti.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan saudari:

Antara sebab yang membolehkan perpindahan wali ialah:

a) Wali bukan Islam
b) Wali belum baligh atau tidak berakal
c) Wali seorang yang fasik secara terang-terangan

Namun, alasan-alasan tersebut tidak sesuai dalam situasi ini untuk menolak kedudukan abang sebagai wali.

Bagi menjaga aib abang tersebut, saudari disarankan untuk berbincang dengan pihak Pejabat Agama Islam Daerah atau jurunikah tentang kaedah terbaik yang boleh dilaksanakan. Antaranya, boleh dibuat proses perwakilan wali oleh adik sebapa kepada jurunikah di Pejabat Agama Islam Daerah terlebih dahulu sebelum tarikh akad nikah. Ketika majlis akad nikah berlangsung, akad boleh diteruskan seperti biasa dengan memaklumkan bahawa perwakilan wali telah dibuat lebih awal.

Kesimpulan:

Abang yang tidak sah taraf tidak layak menjadi wali, maka tidak timbul isu “melangkau” wali. Saudari tidak berdosa menyembunyikan sebab sebenar demi menjaga aib, selagi pernikahan dilaksanakan dengan menggunakan wali yang sah iaitu adik sebapa.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 6

message user image