BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt,

Apakah hukum sekiranya saya ingin membaca Quran atau tafsirnya tanpa menyebut secara lisan (reading in silence without reciting) ketika sedang haid? Saya pernah mendengar bahawa membaca Quran ketika haid dibolehkan untuk tujuan hafazan atau bagi guru yang sedang mengajar, tapi bagaimana jika niat saya hanya ingin membaca untuk ketenangan hati atau sekadar rasa ingin tahu (contohnya mempelajari kisah sejarah di dalam Quran).

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan pendapat jumhur Fuqaha’, mereka melarang wanita membaca al-Qur’an ketika dalam keadaan haid dan sedang berjunub berdasarkan kepada hadis daripada Ibn Umar RA:

لاَ تَقْرَأ الْحَائِضُ وَلاَ الْجُنُبُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ

Maksudnya: Tidak  dibolehkan wanita dalam haid dan yang berjunub membaca walau sedikit daripada al-Qur’an. (Riwayat al-Tirmizi)

Merujuk soalan yang diajukan, wanita haid yang bukan dalam kategori penghafaz dan pengajar al-Quran, haram membaca al-Quran ketika sedang haid. Ini kerana mereka tidak terikat dengan ujian atau pembelajaran yang memerlukan pengulangan bacaan al-Quran. Namun, mereka dibolehkan untuk membaca dengan niat zikir atau dalam baca dalam hati.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 3

message user image