BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan/puan yang saya hormati. 

Sejak kebelakangan ini, banyak kita dengar individu2  buat bisnes membeli surat2 pajak (surat pajak dari kedai non-muslim dan surat pajak Ar-Rahnu dan sebagainya).

Sebagai contoh : 

Senario 1

A pajak barang kemas di ar rahnu. A tak mampu nak tebus barang tersebut. A jual surat pajak dia kpd B. B beli surat pajak berkenaan dengan amaun tertentu dan tebus brg kemas tersebut.

B ambil  barang kemas tersebut dan hantar ke tempat utk dileburkan barang kemas tersebut. Duit untung dari lebur emas, B ambil.

Apa hukum urus niaga ini dari segi Islam.

 

Senario 2

Kes...

A pajak barang kemas  dia di kedai pajak cina (kedai pajak non muslim). A tak mampu nak tebus barang tersebut. A jual surat pajak dia kpd B. B beli surat pajak berkenaan dengan amaun tertentu dan tebus brg kemas tersebut.

B ambil barang2 kemas tersebut dan hantar ke tempat pelebura  emas. Barang2 kemas dileburkan dan duit untung dari lebur emas, B ambil.

Soalan;

1) Apa hukum kedua2 urus niaga ini dari segi Islam.

2) Boleh ke wang untung melebur emas di gunakan utk belanja dapur dan sebagainya.

3) Boleh ke A jual surat pajak (kedai pajak non-muslim atau Ar-Rahnu) ?

Saya amat berbesar hati jika sekiranya tuan/puan dapat memberi maklumbalas berkaitan isu2 ini.

Sekian, terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara umumnya, Rahn dalam konteks kewangan Islam semasa merujuk kepada kontrak cagaran atau gadaian. Ia merupakan akad pinjaman yang disertai cagaran. 

Merujuk kepada persoalan, jawapan adalah berdasarkan situasi berikut:

Senario A

Barang kemas yang dipajak masih milik A, tetapi berada dalam pegangan pemegang gadai sehingga hutang dilunaskan. Jika A menjual surat pajak kepada B, hakikatnya A memindahkan hak menebus barang tersebut kepada B. Jika A menjual barang kemas itu sendiri kepada B dengan harga yang dipersetujui dan B bersetuju untuk melunaskan baki hutang al-Rahnu bagi pihak A, transaksi ini adalah jelas sebagai jual beli barang, bukan jual beli hutang. Tiada unsur penindasan atau manipulasi melampau. Dalam keadaan ini, ia dianggap sebagai jual beli barang bercagar serta penyelesaian hutang. Keuntungan selepas dilebur adalah milik B kerana barang itu sudah menjadi milik B secara sah. 

Namun, jika A hanya menjual surat pajak sebagai dokumen hutang, berlaku unsur jual beli hutang dengan harga berbeza (bay al-dayn yang tidak menepati syarak. Situasi ini akan mewujudkan unsur riba atau gharar (ketidakjelasan hak milik).

Senario 2

Isunya hampir sama, tetapi tambahan kemungkinan wujud unsur riba dalam sistem pajak konvensional (faedah pinjaman). Jika struktur urus niaga sama seperti di atas, iaitu jika ia adalah jual beli sebenar barang kemas, hukumnya kembali kepada perincian senario 1. Namun, jika ia melibatkan faedah unsur riba gadaian tersebut adalah tidak dibenarkan dalam Islam

Individu yang terlibat dengan urus niaga ini hendaklah mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh institusi gadaian kerana ia melibatkan emas yang perlu dipatuhi tatacara jual beli emas dalam Islam. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 9

message user image