Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Daftar Percuma Funded Futures Trader 12 Febuari 2026 (Khamis) ZOOM Online 8.30 malam - 11.30 malam Assalamualaikum. Saya nk tanya hukum berdagang pasaran masa hadapan (futures trading) seperti pasaran minyak mentah (crude oil) menggunakan servis firma kewajaran (propriety firm) seperti topstep.com dimana peserta perlu membayar 109 USD untuk mendapatkan segala keperluan dan bantuan seperti perisian, data pasaran dan guru untuk belajar berdagang dan diberi peluang untuk menggunakan perisian syarikat untuk melakukan dagangan secara dalam talian menggunakan akaun demo dan jika berhasil akan diberi ganjaran dalam bentuk duit. Terima kasih.
Jawapan
Secara asasnya, Future Crude Palm Oil (FCPO) merupakan salah satu instrumen derivatif yang diniagakan di Bursa Malaysia Derivetives. Ia membolehkan pelabur menjangka pergerakan harga ke atas harga minyak sawit mentah pada masa hadapan, sama ada harga naik atau turun. Secara umumnya kontrak ini telah diputuskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai salah satu produk patuh Syariah.
Namun begitu, model Funded Trader Program dalam situasi menggunakan akaun simulasi sepenuhnya tanpa copy-trading ke akaun sebenar sebaiknya dielakkan atas faktor-faktor berikut:
Unsur Maisir (Judi) bilamana yuran yang dibayar hangus tanpa mendapat manfaat perkhidmatan yang setara, pembayaran hanya semata-mata sebagai peluang untuk mencuba nasib dalam ujian.
Unsur Gharar (Ketidakpastian) ataupun ketidakjelasan sumber keuntungan dan ketiadaan aset sebenar dalam dagangan simulasi.
Elemen Pertaruhan: Model ini lebih kepada "bertaruh atas prestasi sendiri" (betting on performance) di mana syarikat bertindak sebagai pihak penyedia yang dibimbangi membayar pemenang menggunakan wang peserta yang kalah.
Justeru, umat Islam dinasihatkan untuk menjauhi model ini dan mencari alternatif pelaburan atau perdagangan yang melibatkan platform yang disahkan patuh syarak oleh Suruhanjya Sekuriti dan diiktiraf Bank Negara.
Sekian. Terima kasih.