Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wrbt,
Saya ialah seorang golongan professional dalam bidang kewangan, tanpa apa-apa latar belakang dalam bidang muamalat dan kewangan Islam.
Baru-baru ini saya dijemput oleh pihak berautoriti untuk memberi webinar berkenaan topik yang secara mendalam menganalisa isu-isu status patuh syariah berkenaan Kontrak Niaga Hadapan seperti FCPO yang status diharuskan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Saya dipilih untuk menjadi Speaker dan bertanggungjawab untuk mengajar tentang isu-isu dan persoalan tentang Syariah-Compliancy bagi Kontrak Niaga Hadapan.
Webinar tersebut akan dihadiri oleh ramai dari masyarakat umum terutama dari yang beragama Islam. Apa-apa yang saya katakan dalam webinar, saya pasti akan digunakan sebagai rujukan oleh mereka yang hadir.
Penting untuk saya ingatkan kepada tuan di Jabatan Mufti Selangor bahawa saya langsung tiada latar belakang dalam bidang muamalat dan kewangan Islam, cuma berlatar belakang dalam bidang kewangan.
Ilmu yang saya ada untuk menerima jemputan tersebut hanya daripada panduan PDF Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Edisi Ke-2.
Topik yang diberi adalah:
Soalan saya adalah:
Saya khuatir apa-apa yang saya cakap dalam webinar tersebut adalah salah terutama kerana tiada ilmu dalam muamalat, dan kemudian disalah anggap oleh mereka yang hadir ke webinar dan kemudian disebarkan kepada masyarakat umum.
Cuma isu ialah pihak berautoriti tersebut tidak jumpa orang lain selain daripada saya untuk dijemput dalam topik ini.
Jika pihak di Jabatan Mufti rasa tidak patut, saya akan terus tolak jemputan tersebut serta merta.
Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada penerangan dan persoalan tuan, menunjukkan sikap tuan yang amanah dengan ilmu dan berhati-hati dalam menyampaikan ilmu khususnya kepada masyarakat awam. Dalam Islam, sesuatu ilmu atau kepakaran secara asasnya, adalah merujuk terus kepada yang pakar bidang tersebut. Firman Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 7:
Maksudnya: Maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri (orang yang berpengetahuan dalam bidang itu) jika kamu tidak mengetahui.
Tidak menjadi permasalahan besar jika tuan menerima jemputan ini tetapi hendaklah memaklumkan kepada pihak penganjur kepakaran tuan hanya pada bidang tertentu sahaja dan boleh menjelaskan kepada masyarakat hanya terhad mengikut panduan PDF keputusan Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Edisi ke-2 sahaja iaitu tidak melibatkan ilmu fiqh muamalat dan kewangan Islam.
Adapun mengenai perbincangan mendalam fiqh muamalat dan kewangan Islam sehingga mendapat keputusan yang diputuskan oleh MPS perlulah maklumkan kepada masyarakat untuk merujuk kepada pakar yang dalam bidang ini supaya tidak berlaku salah penerangan menurut Syarak. Jadi, tuan perlu mendapat kepastian pihak penganjur peranan tuan untuk menyampaikan ilmu berkenaan apa, jika sebagai autoriti Syariah maka lebih baik ditolak jemputan tersebut.
Sekian. Terima kasih.