Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Bagaimana nak pastikan sama ada ayat yang terlafaz seorang diri itu lengkap/tidak lengkap dan bersuara/tidak bersuara?
Dulu saya tidak tahu lafaz seorang diri boleh dikira sah. Sekarang saya hairan sama ada ayat yang terlafaz dahulu itu ada sebut isteri ataupun tidak?
Sebagai contoh, adakah ayatnya "Aku cer_i talak 1" atau "Aku cer_i talak 3" atau "Cer_i talak 1" atau "Cer_i" talak 3"? ataupun "Aku cer_i "isteriku/kau/nama isteri talak 1" atau "Aku cer_i isteriku/kau/ nama isteri talak 3"?
Saya juga bimbang adakah waktu itu suara saya dapat dengar secara jelas atau tidak? Perkara ini susah saya nak pastikan kerana hanya saya sahaja di rumah waktu itu dan tiada rakaman langsung. Saya risau setiap hari...
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, talak hanya berlaku apabila suami yakin serta pasti dengan lafaz talak yang diucapkannya. Ragu-ragu sama ada pernah melafazkan talak atau tidak, atau ragu-ragu lafaz yang diucapkan, tidak menyebabkan talak berlaku..
Seandainya tuan mengalami masalah waswas atau ragu-ragu, sebaiknya abaikan perkara tersebut dan banyakkan beristighfar.
Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila berhubung dengan Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat.
Sekian, terima kasih.