Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/b?id=4389
Menurut link ini adakah sama untuk kucing digigit anjing saya nampak luka darah pada kucing tapi saya tak bersihkan sebab susah nak bersihkan kucing meronta dan saya anggap ada sisa air liur anjing semasa anjing itu gigit walaupun tak nampak air liur itu?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, link tersebut tidak sama dengan situasi kucing anda yang terkena gigitan anjing. Oleh itu, berdasarkan pandangan majoriti ulama, jika kucing anda digigit anjing dan terdapat luka yang disyaki terkena air liur anjing, maka ia dianggap najis mughallazah. Anda perlu menyucikan bahagian yang terkena najis pada kucing dengan membasuhnya tujuh kali, salah satunya dengan air bercampur tanah, diikuti enam kali basuhan air mutlak. Walaupun sukar, usaha untuk menyucikannya adalah penting.
Sekian, terima kasih.