BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: apakah pendapat para ulama mengenai kaffarah dalam kes kemalangan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, segala yang berlaku ke atas seseorang samada berbentuk musibah atau manfaat semuanya adalah ketetapan daripada Allah SWT yang telah ditentukan sejak azali. Di dalam firman Allah SWT ada menyebut ; مَاۤ اَصَابَ مِنۡ مُّصِيۡبَةٍ فِى الۡاَرۡضِ وَلَا فِىۡۤ اَنۡفُسِكُمۡ اِلَّا فِىۡ كِتٰبٍ مِّنۡ قَبۡلِ اَنۡ نَّبۡـرَاَهَا ؕ اِنَّ ذٰ لِكَ عَلَى اللّٰهِ يَسِيۡرٌۚ Maksudnya ; “Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Allah SWT) sebelum Kami menjadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”. (al-Hadid : 22) Apa jua yang berlaku, samada berbentuk nikmat atau musibah, kesemuanya itu adalah ketetapan Allah SWT, dan kita sebagai hamba hendaklah sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT. Kemalangan yang berlaku merupakan ujian ke atas hambaNya, dan sebagai seorang mukmin yang sejati, kita perlu bersabar ketika ditimpa musibah dan bersyukur ketika mendapat nikmat daripada Allah SWT. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Shuhaib RA ada menyebut; عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ Maksudnya ; “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Riwayat Muslim) Jika ada kesalahan atau dosa lalu yang pernah dilakukan maka cukup dengan segera bertaubat iaitu menyesal, membenci dan berazam tidak mengulangi perbuatan tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 145

message user image