BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

assalamulaikum,saya ingin bertanya kalau sebelum ini suami saya ada melakukan kesalahan yang sama berulang kali sehinggalah dia mengeluarkan ayat "kalau saya buat lagi perkara ni kita akan berpisah" adakah ini lafaz taklik?dan sekarang suami saya telah melakukan perkara tersebut lagi,adakah terjatuhnya talak?terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan, lafaz taklik yang diucapkan adalah berbentuk khabari (pemberitahuan) bahawa suami puan akan melafazkan talak sekiranya perbuatan tersebut berulang. Justeru, tidak jatuh talak sekiranya hanya berpada dengan ucapan tersebut. 

Walau bagaimanapun, pihak yang berautoriti dalam mengesahkan suatu lafaz talak atau taklik talak itu sah terletak pada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau pengesahan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Undang-undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Syariah yang terdekat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 7

message user image