BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, 

Saya tinggal bersama adik beradik saya. Saya berbinkan suami pertama, manakala adik beradik berbinkan suami kedua ibu saya. Adik-adik saya masih belajar dan bersekolah, dan semuanya perempuan.. Namun begitu, arwah bapa tiri saya sudah meninggal dan arwah ibu saya baru sahaja meninggal baru-baru ni. 
 

Selalunya zakat fitrah dibayar oleh saya untuk kesemuanya. Namun ada yang beritahu yang zakat untuk adik-adik saya perlu dibayar oleh bapa saudara atau saudara lelaki belah arwah ayah tiri saya. Tapi bapa saudara dan saudara lelaki belah ayah tiri saya tidak mengambil peduli tentang adik-adik saya. 
 

Sahkah zakat fitrah jika saya yang bayarkan untuk mereka walaupun berlainan bapa tapi sama ibu ? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, tanggungjawab zakat fitrah terhadap adik-beradik seibu adalah ek atas datuk dan bapa saudara (adik-beradik arwah bapa tiri) kerana nafkah adik-adik seibu berada di bawah tanggungjawab mereka. Namun sekiranya mereka tidak mengambil peduli, maka tuan boleh membayar bagi pihak adik-adik seibu dan zakat fitrah tersebut sah dengan syarat mendapat keizinan mereka terlebih dahulu.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 4

message user image