Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum, mohon pencerahan tuan mufti berhubung hukum wanita menyertai sumud flotillla berikutan tekanan peperangan yang makin memuncak di timur tengah. Saya harap soalan ini dapat diberikan perhatian kerana perjuangan sumud sekarang diselubungi dengan naratif negatif yang membuatkan tujuan asal untuk memperingatkan kita terhadap gaza semakin tenggelam.
Jawapan
Kami mulakan kalam ini dengan hadis Riwayat Abdullah bin Abbas r.a, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Maksudnya: Janganlah seseorang wanita itu bermusafir selama tiga hari melainkan bersama-sama dengan mahramnya. (Riwayat al-Bukhari)
Daripada hadis di atas, ia menunjukkan kepada kita bahawa Nabi SAW melarang seseorang wanita untuk bermusafir melainkan terdapat mahram bersama-sama dengannya. Namun hadis ini juga perlu dibaca bersekali dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh ‘Adiyy Bin Hatim r.a:
Maksudnya: "aku melihat seorang wanita mengendarai kenderaan berjalan dari Al Hirah hingga melakukan tawaf di Ka'bah tanpa takut kecuali kepada Allah S.W.T. (Riwayat al-Bukhari)
Maka, daripada hadith ini, ulama’ mengambilnya sebagai salah satu dalil yang mengharuskan permusafiran seorang wanita sekiranya aman. Dar al-Ifta’ al-Misriyyah menambah lagi:
Maksudnya: Dan berdasarkan keterangan ini, dapatlah difahami bahawa keamanan merupakan ‘illah di sisi fuqaha’ dalam mengharuskan dan juga menghalang permusafiran. Disebabkan itu, kami datangkan ke atasnya satu fatwa bahawa permusafiran wanita secara bersendirian menggunakan apa-apa cara musafir yang aman, laluan yang menjadi tumpuan orang ramai, kawasan yang tidak sunyi, sama ada di pelabuhan, lapangan terbang dan jalan perhubungan awam yang lain, maka ia dibenarkan secara syarak dan tiada kesusahan ke atasnya padanya (untuk bermusafir) sama ada permusafiran yang wajib, sunat atau harus, dan sesungguhnya hadith-hadith yang melarang wanita dari musafir tanpa mahram adalah kerana digantungkan pada keadaan ketiadaan aman, maka sekiranya wujud keamanan tidak terangkum pengharaman ke atas permusafiran secara asalnya.
Dalam konteks penyertaan ke misi bantuan seperti gerakan sumud flotilla, permusafiran bagi wanita adalah dibolehkan dengan beberapa syarat yang berikut:
Kesimpulannya, berdasarkan situasi semasa adalah sangat merbahaya untuk menyertai misi-misi seperti ini terutama wanita. Maka, berlandaskan itu adalah sebaiknya dielakkan dan fokus kepada aktiviti lain yang boleh menyumbang kepada kemasyarakatan yang lain.
Sekian, terima kasih