BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya berkerja di sebuah syarikat jenteran pertanian milik non muslim. baru-baru ini saya diminta untuk study tentang teknologi pertanian dari israel kerana majikan hendak membeli teknologi dari mereka sekiranya sesuai. beli melalui negara lain memandangkan malaysia sekat barangan israel. apa patut saya buat kerana semestinya saya menyumbang?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, harus berurusniaga dan membeli teknologi tersebut. Namun, hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram apabila pemerintah Malaysia menyekat atau memboikot mana-mana urusniaga dengan Israel. Disarankan supaya teruskan mengkaji teknologi pertanian dengan mendapatkan maklumat berkaitan dan puan boleh mencadangkan kepada syarikat, beberapa teknologi pertanian dari negara selain Israel. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 88

message user image