BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. saya ada pertanyaan tentang darah haid. Pada hari pertama, darah yang keluar adalah berwarna coklat, hari ke 2 hingga ke 4 berwarna merah, seterusnya bertukar kembali coklat pada hari ke 5-7. pada hari kelapan, keluar sedikit berwarna kuning pada malam hari. seterusnya tiada cecair yang keluar pada hari ke9 sehinggalah pada pukul 10pm hari ke9, keluar semula berwarna kekuningan. pada subuh hari ke10, saya cek sudah kering tiada apa2 bila kesat dengan tisu, tapi ada semula pada pukul 130pm. kemudian keluar cecair putih jernih waktu ggh hari pada hari ke 11, jadi saya ingat dah boleh mandi wajib. tapi pada pukul 10mlm cecair kuning keluar semula kemudian tiada pada malam hari sehingga  pada 120 ptg hari ke 12, ada cecair putih jernih keluar. dan pada pukul 530ptg hari ke 12 keluar semula cecair kekuningan. saya keliru macam mana nak kira masih darah haid ke tidak. harap boleh beri penjelasan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Kebiasaannya, darah yang keluar daripada rahim wanita terbahagi kepada lima warna iaitu hitam, merah, merah kekuningan (perang), kuning dan keruh (kuning keputih-putihan/ tidak jernih iaitu pertengahan antara putih dan hitam seperti air yang kotor. Jadi, semua warna yang puan jelaskan dihukumkan haid kerana ia keluar dalam tempoh tidak melebihi 15 hari 15 malam (maksimum haid) walaupun berlaku naqa’ (berhenti sekejap) dalam tempoh tersebut. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 5

message user image