Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya dan isteri telah melangsungkan perbincangan. Situasinya ialah isteri telah perasan saya melayari web lucah. Isteri berikan kata putus, samada ceraikannya sekarang atau hentikannya. saya setuju kerana tiada niat untuk becerai. Tanda persetujuan saya hanyalah dengan anggukan and perkataan `iya`. Persoalannya, adakah jatuh talaq jika saya melanggar janji itu?
Jawapan
Menjawab persoalan saudara berdasarkan situasi tersebut, anggukan dan berkata "iya" bukanlah persetujuan untuk menceraikannya memandangkan suami tiada niat untuk bercerai. Itu adalah persetujuan untuk berhenti daripada melayari web lucah tersebut.
Justeru, tindakan itu tidak menyebabkan talak jatuh. Adapun melanggar janji adalah berdosa. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra' ayat 34 :
Maksudnya : “Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia). Sesungguhnya perjanjian itu akan dipertanggungjawabkan”
Sekian, terima kasih