Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
1.Bolehkah isteri dalam iddah kematian suami menyertai Sambutan Hari raya yang diadakan di sekolah (tempat isteri berkerja)?
2.Bolehkah isteri dalam iddah kematian suami boleh mengikuti lawatan @ rombongan sekolah membawa murid ke tempat-tempat lawatan luar seperti bermain bowling?
Jawapan
Menjawab persoalan saudara, oleh kerana isteri yang kematian suami bekerja di sekolah dan ada diadakan sambutan Hari Raya maka harus isteri tersebut berada di majlis tersebut dengan menjaga adab dan ihdad (berkabung). Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Habibah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, berkabung di atas kematian seseorang melebihi tiga hari melainkan apabila kematian suaminya. Dia hendaklah berkabung selama empat bulan dan sepuluh hari. (Riwayat al-Bukhari)
Berkenaan lawatan dan rombongan bukanlah keperluan yang wajib bagi dirinya. Sebaiknya tidak menyertai adalah lebih baik untuk menjaga dirinya yang masih dalam iddah. Maklumat lanjut berkenaan iddah boleh layari link berikut:

Sekian, terima kasih