BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ada persoalan mengenai zakat harta pemberian atau sumbangan.

Merujuk kepada laman web Zakat Pendapatan – Lembaga Zakat Selangor

Adakah duit yang diterima seperti di bawah dikira termasuk dalam harta pemberian atau sumbangan, maka perlu dikenakan zakat pendapatan? 
Atau dikira zakat simpanan sekiranya jumlah baki duit selepas perbelanjaan cukup nisab dan haul zakat simpanan?

  • Duit bulanan daripada anak yang sudah dewasa kerana tidak lagi bekerja
  • Duit daripada saudara-mara atau orang lain seperti duit raya atau hadiah perkahwinan atau sedekah
  • Hadiah duit daripada boss kerana telah menang kuiz dalam meeting bulanan syarikat (tapi tak dimasukkan dalam slip gaji bulanan)
  • Upah yang diterima daripada ibu kerana telah membantunya dalam sesuatu perkara
  • Duit cashback yang berpuluh ribu daripada pinjaman perumahan (digunakan untuk pelbagai perbelanjaan)

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, secara asasnya zakat pendapatan ini dikira dengan menjumlahkan hasil pendapatan yang diterima daripada gaji, upah, komisen, anugerah dan seumpamanya yang dikira sebagai al-Mal al-Mustafad. Ini termasuklah duit bulanan pemberian anak atau sudara mara, duit raya, hadian perkahwinan, sedekah, hadiah dan sebagainya apabila jumlah terkumpul keseluruhannya (termasuk duit simpanan sedia ada) mencukupi syarat wajib zakat: 1. cukup haul, iaitu tersimpan selama setahun dan, 2. Melebihi nisab pada akhir haul (kadar nisab di negeri Selangor bagi bulan Januari - Jun 2026: RM42,047), maka wajib ke atas zakat sebanyak 2.5%.

Walau bagaimanapun, sekiranya duit yang diperolehi seperti cashback daripada jualan rumah, hadiah pertandingan, gratuiti dari perkerjaan dan sebagainya yang jumlahlah melebihi kadar nisab, maka digalakkan untuk mengeluarkan zakat sebaik sahaja duit itu diperolehi tanpa menunggu cukup haul.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 8

message user image