BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam saya ada kemusykilan.

1.saya sekarang bekerja di kuala Lumpur. Sewaktu cuti saya akan pulang ke kampung di kelantan dalam tempoh kurang 3 hari.Adakah saya boleh jamak dan qasar jika saya sudah sampai dikampung halaman?

2.Jika sekiranya saya ingat berniat jamak adakah saya boleh terus solat ditempat kerja selepas azan dan memulakan perjalanan musafir? 

3.Sekiranya saya ingin solat jamak adakah perlu ditetapkan sama ada jamak takhir atau takdim atau hanya sekadar berniat ingin solat jamak?

4.Bolehkah seseorang itu memilih untuk solat secara takdim dan takhir semasa dalam tempoh bermusafir ?

 

Terima kasih atas maklum balas.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Bergantung kepada kedudukan atau status  saudari, tinggal di Kuala Lumpur. Sekiranya saudari tinggal di Kuala Lumpur dengan niat tinggal tetap di sana dan tidak berniat untuk menetap tetap di Kelantan, ini bermakna saudari telah bermastautin di Kuala Lumpur. Saudari diharuskan untuk solat secara jamak dan qadar di kampung dengan syarat tidak berniat untuk menetap melebihi 3 hari, tidak termasuk hari sampai dan keluar dari kampung. 

Walau bagaimanapun, sekiranya saudari tinggal di Kuala Lumpur dengan niat tidak tinggal tetap di sana dan akan kembali kembali ke kampung di Kelantan, ini bermakna kampung saudari adalah tempat bermastautin bagi saudari. Saudari tidak diharuskan untuk solat secara jamak dan qasar sebaik sahaja sampai di kampung walaupun berniat untuk tinggal selama dari 3 hari, tidak termasuk hari sampai dan hari keluar. 

2. Sekiranya tempat kerja saudari di luar kawasan tempat tinggal dan saudari telah berniat untuk bermusafir, maka saudari diharuskan untuk menunaikan solat secara jamak dan qasar di tempat kerja.

3. Memadai bagi saudari ketika hendak solat jamak taqdim Asar pada waktu Zohor dengan berniat "Sahaja aku solat fardu Asar jamak dengan Zohor". Begitu juga ketika hendak solat  jamak ta'khir Zohor pada waktu Asar berniat "Sahaja aku solat fardu Zohor jamak dengan Asar".

4. Saudari boleh memilih untuk solat solat jamak taqdim atau ta'khir berdasarkan kesesuaian masa dan keadaan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 3

message user image