BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wa rahmatullah. Saya ingin bertanya berkenaan darah haid. Isteri saya mempunyai kitaran haid yang tidak teratur disebabkan oleh endometriosis. Seringkali berlaku, beberapa hari sebelum darah haid keluar, tompok2 kuning/coklat akan keluar dan berhenti seketika diikuti dengan darah haid. Begitu juga selepas darah haid berhenti, ada tompok2 kuning/coklat muncul. Adakah tompok2 berkenaan dikira sebagai haid? Selama ini, berdasarkan pengetahuan saya yang cetek, saya cuma mengikuti apa yang pernah saya belajar, selagi tidak melebihi 15 hari, semuanya dikira haid mengikut mazhab Syafi'i dan sekiranya bilangannya lebih dari 15 hari, ikut kepada adat haid dan yang selebihnya dikira istihadhah dan qadha solat yang baki. Adakah betul apa yang saya beritahu isteri saya selama ini? Terima kasih kerana membaca. Harapnya persoalan saya tidak menyulitkan yang menjawab. Allahua'lam.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan; 1. Benar, tompok kuning/coklat yang keluar itu juga merupakan haid. Perlu dikira 15 hari itu bermula keluarnya tompokan tersebut sehinggalah kering haidnya. Wajib mandi dan solat seperti biasa. 2. Jika terdapat cairan yang keluar selepas hari ke 15, ia merupakan istihadah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 202

message user image