Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Bila seorang bapa meninggal dunia, tanggungjawab penjagaan anak-anaknya terletak kepada siapa, ibu tiri anak itu atau adik beradik bapa tersebut?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, tanggungjawab menjaga anak-anak itu adalah kepada ibu tiri dengan dibantu oleh adik beradik arwah bapa tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.