BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Jika seseorang itu ada masalah tekak/bahagian kotak suara sehingga terlalu susah ingin menyebut huruf bacaan wajib dalam solat seperti Al-Fatihah,adakah ada kelonggaran/cara lain untuk seseorang itu? (tiada was-was)


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Membaca surah al-fatihah adalah salah satu rukun solat. Jadi wajib untuk kita membacanya berserta makhraj dan tajwid yang betul. Wajib untuk kita menjaga bacaan surah al-fatihah pada setiap huruf agar tidak berkurang atau tertukar. Wajib juga kita jaga bacaan syaddah dan juga panjang pendek harakat surah al-fatihah.

Merujuk soalan yang diajukan, solat tidak batal jika membaca al-fatihah dalam keadaan tidak sempurna sifat-sifat huruf atas sebab kesukaran kesakitan yang dialami. Hendaklah melakukan setakat yang mampu sahaja. Sekiranya tidak mampu untuk mengeluarkan suara cukuplah meletakkan lidah pada makhraj yang tepat dan berusaha mengeluarkan suara setakat yang mampu.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 3

message user image