Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam. saya ingin bertanya tentang fidyah. saya ada tertinggal puasa pada ramadhan tahun 2005 selama 5 hari dan tidak sempat ganti sebelum ramadhan 2006. tapi saya telah selesai ganti kesemuanya sebelum ramadhan tahun 2007, namun saya tidak bayar fidyah kerana tidak tahu perlu membayar fidyah. boleh kah saya tahu bagaimana cara kiraannya jika saya ingin membayar sekarang?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor Bil. 1/2001 yang bersidang pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa: Harus menggunakan 2 kaedah: i. Gandakan fidyah dan kifarah mengikut tahun. ii. Tidak digandakan kadar pembayaran fidyah dan kifarah. Berikan merupakan pautan fatwa tersebut http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2001-2005/812-hukum-gandaan-fidyah-dan-kifarah. Justeru, puan boleh memilih sama ada membuat bayaran secara:
i. Berganda (Cara kiraan: Jumlah hari puasa yang ditinggalkan x RM 2.00 x Bilangan tahun yang ditinggalkan), atau
ii. Tidak berganda (Cara kiraan: Jumlah hari puasa yang ditinggalkan x RM 2.00)
Kiraan fidyah puan:
Berganda: 5 hari x RM 2.00 x (2006 sehingga 2026: 21 tahun) = RM 210.00, atau
Tidak berganda: 5 hari x RM 2.00 = RM 10.00
Seandainya puan tidak dapat membayarnya secara sekaligus, puan boleh membayarnya secara ansuran. Bayaran fidyah secara berganda bagi yang berkemampuan adalah suatu saranan yang digalakkan dan bukan suatu kewajipan. Berkemampuan bermaksud tidak membebankan atau menyebabkan puan berada dalam kesusahan sekiranya membayar secara berganda.Sila rujuk laman sesawang Lembaga Zakat Selangor untuk pengiraan dan bayaran secara atas talian: https://fpx.zakatselangor.com.my/fpx_paynow.asp
Sekian, terima kasih.