BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan/puan

 

Saya ada satu pertanyaan yang harap dapat dijelaskan..

 

Saya bekerja sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan dimana pesakit kebanyakan masa terlalu ramai sehingga terpaksa menunggu tarikh pembedahan yang lama

 

Ada sesetengah pesakit yang mencarum insurans tetapi tidak pandai atau pertama kali menggunakan faedah insurans tersebut.

 

Jadi ada masanya saya sebagai doktor akan menerangkan secara terperinci dan merujuk pesakit ke hospital swasta (tanpa paksaan) dimana pesakit akan menjalankan pembedahan dengan lebih cepat dan lebih sistematik dan selesa.

 

Kebiasaannya (tidak semua hospital) kami akan diberi insentif dalam bentuk wang tunai sebagai balasan kerana menghantar pesakit yang memerlukan pembedahan ke hospital swasta. 

 

Jadi soalan saya, adakah perbuatan ini dikira sebagai rasuah dan apakah status wang yang diterima.adakah halal untuk digunakan.??

 

Apakah hukum jika saya terus menerus menghantar pesakit yang layak ke hospital swasta tersebut dan mendapatkan insentif tersebut

 

Terima kasih.jazakkAllah

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, jika menghantar pesakit yang ingin menjalankan pembedahan dengan segera di hospital swasta mendapat kebenaran pihak hospital kerajaan serta makluman menerima bayaran insentif secara umumnya ia adalah dibenarkan. Namun begitu, sebagai doktor perubatan yang terikat dengan tatatertib pekerjaan hendaklah mematuhi dan menjelaskan kepada pesakit terlebih dahulu pilihan atau prosedur tertentu sebagai suatu alternatif lain untuk melakukan pembedahan segera tanpa mempunyai niat untuk mendapatkan bayaran insentif tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 3

message user image