BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz.

Atuk kepada suami saya berkahwin dua. Dan ibu mertua saya menjaga adik nya yang bernama A yang dari lain ibu semenjak dari kecil sehingga ke besar. Akan tetapi, umur si A lagi muda dari suami saya dan abang abangnya iaitu anak kepada mertua saya. Persoalannya, aurat si A bersama cucu-cucu saudaranya iaitu anak saya dan abang abang ipar saya macam mana ya? Adakah dibolehkan untuk bersalam? Mohon penjelasan dari ustaz. Dan bagaimanakan aurat ibu mertua saya dengan suami si A serta anak kepada si A kelak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan, si A adalah mahram muabbad (selamanya) bagi anak-anak puan dan abang ipar puan. Oleh itu, adalah harus untuk si A bersalaman dengan mereka. Begitu juga hukumnya bagi aurat ibu mertua dengan anak kepada si A kerana ibu mertua puan adalah mahram bagi anak si A yang dianggap sebagai anak saudara. Adapun aurat ibu mertua puan dengan suami si A adalah aurat seorang wanita ajnabi dengan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 4

message user image