Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamualaikum. saya ingin bertanya kalau lafaz taklik bersyarat yang dilafazkan oleh isteri dan dipersutujui suami dikira sah? contoh lafaz "kalau suami tidak mendapat pekerjaan tetap dalam tempoh setahun maka seeloknya mereka berpisah" adakah lafaz taklik ini sah dan perlu lafaz rujuk atau jima' untuk rujuk kembali.
Jawapan
Merujuk kepada persetujuan suami "kalau suami tidak mendapat pekerjaan tetap dalam tempoh setahun maka seeloknya mereka berpisah" adalah ayat berbentuk khabari (perkhabaran atau makluman), pandangan atau cadangan. Ucapan tersebut tidak membawa kepada berlakunya talak secara taklik. Ini kerana lafaz talak taklik hendaklah bersifat insya'i (berkuatkuasa). Bahkan, lafaz talak tidak disebut oleh suami. Contoh lafaz insya'i: "Jika aku tidak mendapat pekerjaan tetap dalam tempoh setahun, jatuhlah talak".
Sekiranya puan ingin mendapatkan penjelasan lanjut boleh hubungi pihak Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal berkenaan perkara ini.
Sekian, terima kasih.