Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: As salam, Saya ada 2 soalan 1. Jika kita pernah meniru dalam peperiksaan di Universiti, bagaimana dengan sijil yang kita diperolehi dari Universiti selepas habis belajar. Adakah ia tidak boleh digunakan? Semasa SPM saya dapat soalan bocor untuk 1 subjek. Bagaimana dengan sijil itu juga? Apa patut saya buat? Saya akui kesilapan saya masa dahulu. Saya hadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan. 2. Dulu saya pernah tanya pihak tuan puan, saya daftar akaun facebook pada mulanya kerana terangsang dengan wanita. Pihak tuan puan kata haram , itu jelas. Saya kurang jelas, adakah saya masih boleh guna facebook itu atau tidak? Kerana permulaan dilakukan dengan perkara haram. Saya ada terdengar jika kita mulakan sesuatu dengan haram, maka semuanya jadi haram Saya dah guna facebook sama tu hampir 7 tahun. Adakah semua kenalan saya. Ilmu yang saya dapat dari facebook itu haram?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, 1. Sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan adalah mereka yang segera bertaubat kepada Allah SWT. Sijil tersebut boleh digunakan untuk mencari pekerjaan. Jadikanlah pekerjaan tersebut sebagai ibadah kepada Allah SWT yang memberi manfaat kepada agama dan negara. 2. Harus menggunakan aplikasi Facebook pada perkara yang bermanfaat dan meningkatkan syiar Islam. Jauhi daripada perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.