BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada soalan. Kalau kita ada asid refluks atau muntah tapi hanya rasa ditekak dan tidak sampai ke mulut, adakah kahak yang berada di dalam tekak itu menjadi najis dan adakah jika kahak itu keluar ke mulut, mulut itu menjadi najis? Selain itu, jika saya ingin kumur asid refluks atau muntah yang ada di mulut dengan menadah air dengan tangan lalu menghirup air tersebut ke dalam mulut, adakah air lebihan pada tangan itu najis? Dan adakah tangan saya juga najis?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, kahak atau asid refluks yang masih di dalam tekak tidak najis. Namun, jika ia keluar ke mulut, ia menjadi najis dan perlu dibersihkan. Manakala jika anda menadah air dengan tangan untuk berkumur, dan air lebihan pada tangan itu tidak bercampur dengan najis dari mulut, maka tangan anda tidak menjadi najis. Namun, jika air kumuran yang najis itu terkena tangan anda, maka tangan anda juga akan menjadi najis dan perlu dibersihkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 4

message user image