BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..Apakah jatuh talak sekiranya buat perjanjian kalau suami pukul isteri maka jatuh talak.adakah perjanjian itu sah..perjanjian dibuat tanpa ada seorang saksi atau bertulis mana2 surat hanya pasangan sahaja.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan saudara, perjanjian yang dibuat iaitu:  "kalau suami pukul isteri maka jatuh talak" boleh dikategorikan sebagai lafaz cerai secara taklik. Lafaz taklik ini dikaitkan dengan perbuatan iaitu kalau suami pukul isteri, maka jatuh talak. Kalau suami tidak pukul isteri, maka talak tidak jatuh. Lafaz taklik ini terikat dan berpanjangan selagi tidak dilanggar. Jika saudara ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini boleh panjangkan ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran. 
 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 2

message user image