Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum w.b.t Saya baru bernikah hampir 4 bulan. Sejak nikah, dalam hati sentiasa ada lintasan hati yang mendesak untuk melafazkan yang sorrih. Saya tidak pernah ada niat untuk lafazkan. Kami tidak pernah bergaduh dan tiada alasan untuk berpisah. Jadi saya sentiasa istighfar dan mengelak drpd berkata perkara yang dilarang.
Isteri dan ibubapa saya sadar akan keadaan saya sebab saya berkongsi situasi ini kepada dia. Saya sudah berjumpa perawat islam untuk bantuan.
Lintasan hati itu makin teruk. Lintasan seperti “kalau saya buat ni, maka akan jatuh”.
saya terus menangis bercerita kepada isteri saya seperti di bawah
Saya : Hati saya sangat liar. Bisikan hati dah menganggu akidah. Time basuh pinggan tadi ada bisikan macam “kalau saya solat lepas ni, akan jatuh; kalau saya baca fatihah, akan jatuh;” kita banyak kali istighfar lepas ada bisikan tu.
Lepas beberapa saat, saya baru terperasan bahawa dialog tadi ada seolah2 lafaz taklik. Walhal saya cuma menceritakan semula sahaja dan mengadu. Wallahi saya tiada niat untuk berkata lafaz tu.
Selepas beberapa hari, saya berjumpa psikologis untuk bantuan. Saya menceritakan semula kepada psikologis seperti apa yang saya cerita kepada wife.
Antara dialog ketika kaunseling seperti di bawah:
saya: bisika hati mengugut untuk bercerai sehingga menganggu akidah. Contohnya "kalau saya solat, akan jatuh"
Psikologis: jatuh tu merujuk kepada talak ke?
saya: betul dr. Tapi saya takde niat pon. Bisikan/lintasan sangat menganggu saya
Soalan saya:
1. Adakah perbualan saya antara wife dan juga psikologis telah menthabitkan talik? Adakah perbualan saya bersama dr tersebut telah mejadi taklik sorrih sebab saya jawab 'betul'? Saya cuma bercerita kepada mereka untuk mendapatkan bantuan, bukannya untuk menceraikan
mohon jawapan daripada pihak tuan
Jawapan
Menjawab pertanyaan tuan :
Perbualan tuan dengan isteri tidak dianggap sebagai lafaz taklik yang sah. Hal ini kerana ia tidak diungkapkan dengan niat untuk menceraikan, sebaliknya jelas merupakan bentuk aduan atau penceritaan tentang keadaan diri yang sedang mengalami gangguan lintasan hati (waswas), yang mana tuan sendiri menolak dan tidak meredhainya. Lafaz tersebut juga tidak ditujukan sebagai suatu pengikat hukum terhadap isteri, tetapi sekadar menggambarkan keadaan yang tuan alami.
Dalam fiqh, sesuatu lafaz talak atau taklik hendaklah memenuhi beberapa syarat asas, antaranya:
Sedangkan dalam situasi tuan, ungkapan tersebut termasuk dalam kategori hikayah atau penceritaan semula, bukan insya’ yakni lafaz yang membentuk atau mewujudkan hukum.
Manakala perbualan tuan dengan pakar psikologi juga tidak menjadikan ia sebagai lafaz taklik atau talak. Ini kerana:
Kesimpulannya, perbualan-perbualan tersebut tidak memberi kesan kepada jatuhnya talak atau berlakunya taklik.
Sekian terima kasih