BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..,saya nk bertanya.boleh ke rumah pusaka disewakn. Dn duit sewaan itu dibahagikan bagaimana? Adakah ikut faraid atau samarata.terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan, hukum menyewa rumah pusaka adalah harus jika waris-waris yang berhak dimaklumkan dan dipersetujui, kemudian hasilnya dibahagi mengikut faraid. Adalah sebaiknya melalui persetujuan yang jelas atau melantik seorang wakil sebagai pentadbir. 

Secara asasnya, duit sewaan rumah pusaka adalah milik semua waris mengikut bahagian faraid masing-masing kerana rumah pusaka tersebut sendiri adalah harta pusaka yang mesti diagih mengikut faraid. Jadi, manfaat daripada rumah sewa mengikut kaedah fiqh iaitu mengikut pemilikan pokok hartanah tersebut. 

Adapun jika hasil sewaan dibahagi sama rata kepada waris yang berhak adalah harus jika semua waris yang berhak setuju dengan memenuhi syarat cukup umur, berakal, tahu hak sebenar mereka menurut faraid, reda dan setuju tanpa paksaan. Jadi, waris yang mendapat bahagian yang sepatutnya lebih mengikut faraid hendaklah secara rela melepaskan hak masing-masing untuk mengambil hasil sewaan secara sama rata dengan waris lain. 

Jika terdapat waris yang tidak bersetuju rumah pusaka disewakan, boleh dibawa urusan ini ke Pejabat Pusaka Kecil negeri untuk menyelesaikan pembahagian faraid terlebih dahulu. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 5

message user image