BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ingin kepastian terhadap status perkahwinan saya. Semalam saya ada sedikit pergaduhan dengan suami melalui whatsapp, saya ada ucap, "Kalau macamtu, lepaskan laa saya".

Dan suami ada balas, "Ok, saya lepaskan awak".. Namun pada ketika itu, kami berdua sangat emosi, dan dalam pergaduhan tanpa sedar terikut emosi dengan lafazkan ayat tersebut. Suami pun menyesal sebab terlalu ikut emosi, dia tiada niat nak bercerai, cuma semalam situasi agak tegang antara kami berdua.. Dia terlepas cakap lafazkan ayat tersebut..

Adakah sudah jatuh talak ke atas saya? Dan untuk makluman ustaz, saya sedang mengandung..

Terima Kasih..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada ayat atau jawapan suami melalui aplikasi whatapp: "Ok Saya lepaskan awak" boleh dianggap sebagai lafaz kinayah atau kiasan iaitu lafaz yang tergantung kepada niat suami ketika menuturkan perkataan tersebut. Seandainya suami berniat talak, maka jatuhlah talak..Namun sebaliknya seandainya suami tidak berniat talak, maka talak tidak berlaku. 

Untuk mendapatkan maklumat mahupun penjelasan lebih lanjut, sila berhubung dengan Bahagian Undang-undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 2

message user image