BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Apakah hukum gadai emas 999 di arrahmu yang dibeli dengan menggunakan hutang pembiayaan kad kredit islamic? 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Perlu diketahui bahawa sesuatu urusniaga yang melibatkan item ribawi (barang-barang yang terpalit hukum-hakam riba), maka setiap pihak yang terlibat perlu memberikan perhatian khusus agar tidak terjerumus dalam kancah riba. Emas sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

الذَّهَبُ بالذَّهَبِ، والْفِضَّةُ بالفِضَّةِ، والْبُرُّ بالبُرِّ، والشَّعِيرُ بالشَّعِيرِ، والتَّمْرُ بالتَّمْرِ، والْمِلْحُ بالمِلْحِ، مِثْلًا بمِثْلٍ، سَواءً بسَواءٍ، يَدًا بيَدٍ، فإذا اخْتَلَفَتْ هذِه الأصْنافُ، فَبِيعُوا كيفَ شِئْتُمْ، إذا كانَ يَدًا بيَدٍ

Maksudnya: Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot) (Riwayat Muslim)

Sekiranya pembelian emas tersebut menggunapakai kad kredit islamik, maka ia dibenarkan sekiranya bank terus membayar kepada penjual, pemilikan emas berpindah serta-merta kepada pembeli dan tiada penangguhan penyerahan emas. Ini kerana emas tersebut kini adalah aset anda, dan anda berhak untuk menggunakannya sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman lain. Hutang kad kredit Islamik yang anda gunakan untuk membeli emas tersebut adalah hutang yang sah, dan gadai emas di Ar-Rahnu adalah untuk mendapatkan pinjaman lain (biasanya qard hasan atau pembiayaan Murabahah) untuk tujuan tertentu, mungkin untuk membayar hutang kad kredit tersebut atau tujuan lain.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 6

message user image