BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya bekerja di sebuah Kilang Pembuatan dan telah berkhidmat lebih 16 tahun. Kilang pembuatan ini menghasilkan produk elektronik untuk pasaran antarabangsa dan selama ini saya tidak mempunyai apa-apa masalah.

Baru-baru ini, syarikat tempat saya bekerja menjalinkan hubungan dua hala & sekarang tempat saya bekerja perlu membuat produk yang berasakan vape atau rokok elektronik. Pengurus saya menyuruh saya membantu untuk menjayakan projek baru ini dan saya berasa tidak selesa & beranggap ianya bercanggah dengan ajaran islam & fatwa negeri selangor yang mengharamkan rokok & vape.

Soalan saya:

1) adakah saya perlu patuh kepada perintah pengurus saya & meneruskan bersubahat dengan perniagaan vape ini?

2) adakah saya perlu berhenti bekerja di sini & cube mencari kerja lain?

3) sekiranya saya terus bekerja di sini tanpa ada membantu projek vape ini, adakah gaji saya halal?

Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepasa soalan:

1) Sebagai pekerja Muslim, tuan berhak untuk minta pengecualian daripada terlibat dengan aktiviti yang berkaitan vape kerana ia telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 1/2016 seperti berikut:

“Penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap rokok elektronik dan vape atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan rokok elektronik dan vape.”

Jika tuan terus terlibat dengan aktiviti ini ia dikira bersubahat kepada perkara haram dan ia dilarang, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Hal ini berdasarkan kaedah yang masyhur iaitu:

الإعانة على المحرم محرمة

Maksud: Kerjasama dalam perkara haram, hukumnya haram

2) Adalah disarankan pihak tuan segera berusaha seupaya mungkin untuk mencari pekerjaan lain yang halal dan diberkati.

3) Secara asalnya gaji dan pekerjaan tuan adalah halal dan harus, namun jika pendapatan yang diperolehi adalah hasil produk vape ia membawa kepada syubhah dalam penerimaan gaji hasil perniagaan yang menyediakan perkara yang haram.

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 7

message user image