BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Saya bertanya bagi mewakilkan suami saya. Baru-baru ini suami saya baru mendapat tawaran bekerja dalam bidang "offshore" di luar negara (negara barat).

Apa hukumnya ustaz dalam situasi suami saya tiada pilihan makanan kerana berada di atas kapal makanan dimasak oleh orang bukan Islam. Suami sendiri tidak pasti cara penyediaan masakan mereka sama ada alatan yang dimasak diasingkan yang halal atau tidak halal.

Bolehkah suami saya makan masakan yang dimasak oleh mereka seperti contoh sayur-sayuran atau telor walaupon tidak pasti kuali yang digunakan tersebut suci dari benda2 haram atau tidak.

Tambahan suami tidak dibenarkan masak sendiri di dapur mereka.

Menurut ustaz apa pendapat atau cadangan diatas situasi suami saya sekarang atau boleh ustaz perjelaskan hukum tersebut.

Terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Sebagai makluman, situasi yang dilalui oleh suami Puan adalah sedang menghadapi perkara syubhah. Syubhah adalah satu keadaan atau status bagi sesuatu perkara yang tidak dapat dipastikan ia halal atau haram. Dalam situasi ini, status makanan yang dimasak itu adalah syubhah kerana tidak pasti sama ada ia dimasak dengan cara halal atau haram. Secara asasnya, mengambil suatu yang syubhah adalah perlu dijauhkan walaupun ia masih belum pasti statusnya sebagai langkah berjaga-jaga. 

Hadis yang diriwayatkan daripada al-Nu'man bin Basyir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ

Maksudnya: Sesungguhnya yang halal itu nyata (jelas) dan yang haram itu pun nyata (jelas), dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (kesamaran), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang syubhah, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara syubhah jatuhlah ia kedalam yang haram. (Riwayat Muslim)

Walaupun begitu, situasi yang dialami suami Puan adalah sukar bahkan hampir kepada mustahil untuk mendapatkan makanan yang halal. Dalam situasi begini yang sudah tiada pilihan lain, maka dibenarkan untuk makan sekadarnya selagi mana ia tidak haram. Jika telah dipastikan ia haram, maka perlu dijauhkan. Sebaiknya usahakan untuk mendapatkan makanan yang diyakini halal.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 10

message user image